Pages

Sila Klik!! Tabung Dunia Assignment..

01 June 2011

Rujukan (APA System)



Kenapa Anda Perlu menulis nota rujukan dalam penulisan ilmiah anda:

1. Untuk menjelaskan sumber data yang telah digunakan
2. Untuk membolehkan pembaca merujuk kepada mana-mana bahagian dalam tulisan itu sendiri samada sebelum atau selepas
3. Untuk memberi penjelasan lanjut yang dikira tidak wajar dibuat dalam teks perbincangan
4. Untuk menjelaskan pandangan yang berbeza dari sumber tertentu bagi membolehkan pembaca membuat perbandingan
5. Untuk memberi penghargaan kepada sumber yang digunakan
6. Untuk memperkukuhkan kewibawaan penulisan kajian

Sumber-Sumber Maklumat
Terdapat pelbagai sumber maklumat. Bagaimanapun ia boleh diklasifikasikan dalam tiga kategori iaitu primer, sekunder dan tertiary:

1. Sumber Primer:
• Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan
• Melaporkan penyelidikan asli
• Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang terdahulu.
• Dalam konteks pengajian Islam sumber primer ialah sumber yang dipetik dari sumber asal contohnya hadis hendaklah dirujuk dari kitab hadis seperti sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, dan sebagainya.
Contoh Sumber Primer yang diterbitkan:
• Terbitan berkala/Terbitan bersiri/Jurnal
• Laporan Penyelidikan
• Penerbitan kerajaan / Penerbitan rasmi
• Paten
• Piawaian
• Disertasi/tesis
• Prosiding

Contoh Sumber Primer yang tidak diterbitkan:
• Kertas kerja (seminar, konvensyen, persidangan dan lain-lain)
• Fail syarikat
• Fail peribadi
• Surat menyurat
• Diari, memo
• Temuramah
• Lukisan
• Rakaman audio
• Rakaman video


2. Sumber Sekunder

Sumber sekunder pula merupakan bahan-bahan yang disusun dan diterbitkan semula dalam bentuk berlainan berdasarkan maklumat- maklumat dan dokumen dari sumber pertama

Contoh-contoh Sumber Sekunder
• Buku teks
• Buku panduan
• Jadual
• Ulasan
• Terbitan berkala
• Perkhidamatan Indeks dan Abstrak.



APA ( American Psychological Association) atau Harvard Style?

Kebanyakan universiti contohnya USM memberi kebebasan kepada pelajarnya memilih mana-mana sistem nota rujukan/ bibliografi dalam penulisan tesis atau disertasi pelajar namun demikian pelajar perlu mengikut secara konsisten terhadap kaedah penulisan yang dipilih oleh mereka samada APA mahupun Harvard Style. Bagi IPGM pula sistem yang perlu digunakan dalam penulisan ilmiah, tugasan, kertas projek khususnya dalam KKBI ialah sistem APA

APA Sistem

A. Penulisan Nota Rujukan Gaya APA Sistem
Rujukan yang dinukilkan dalam teks, samada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak hendaklah direkodkan. Sebagaimana sistem Harvard, menulis nota rujukan gaya APA juga mengambil kira sumber rujukan atau bahan samada buku, jurnal, tesis, laman Web dan sebagainya.

1. Kaedah Menulis Nota Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Daripada Buku
Apabila mengunakan sistem ini, rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:

(i) Meletakan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk. Contohnya:
“Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan”.

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:
“Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu factor yang menyebabkan guru pendiddikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan (Brown, 2005)”

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contohnya:
“Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa”

(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas nama pengarang pertama. Contoh:
“Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et.al, 1995)”

(v) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan bagi pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
“Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver (Puget dan Albert, 1994a)

“Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b)


2. Rujukan Bagi Bahan Yang Diambil Selain Daripada Buku

i. Jurnal
Contoh Jurnal:
Herrington, A.J (1998). The Prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of Abnormal Psychology, 90, 575-585
Cara menulis dalam teks:
Menurut, Herrington (1998)……………

ii. Tesis
Contoh tesis:
Fadilah Kamsah (2000). Kesedaran IT di kalangan Kakitangan awam: Satu Tinjauan. Unpublished thesis. UiTM: Fakulti Pengajian Maklumat.
Cara menulis dalam teks:
Fadilah Kamsah(2000), mengatakan bahawa……….

iii. Bahan dari Laman Web
Contoh Web
Clinton, J.E.(1999 september). Malaysia justice on trial. E. Journal. 4(4):12-15. Retrieved October 21, 2000, from the World Wide Web:http://www@babyrib.clnt.gov.com.
Cara menulis dalam teks:
…………….(Clinton, 1999).

B. Penulisan Bibliografi Gaya APA

Bibliografi ialah nama yang diberikan untuk senarai buku-buku, manuskrip dan dan lain-lain penerbitan yang dirujuk , diterang dan disusun secara sistematik. Ia terdapat dibahagian belakang akhiran sesebuah penerbitan bercetak. Penulisan bibliografi perlu mengikut format seperti berikut:
i. Mengikut turutan abjad
ii. Mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat terbit dan penerbit
iii. Baris kedua dan seterusnya ditulis ke tengah (1 tab)
Berikut ialah contoh-contoh bibliografi mengikut kaedah APA
Bahan bercetak

• Buku: Tiada Pengarang

A World of Strangers: Order and action in urban public space.(1999).2nd.ed. New York: Basic
Books.

• Buku:Seorang pengarang

Lofland, L.(1999). A World of Strangers: Order and action in urban public space. New York:
Basic Books.

• Buku : Dua Pengarang
Lofland, L & Taylor, I (1999). The New Criminalogy: For a social theory of deviance. New York:
Harper & Row

• Buku: Tiga Pengarang
Lofland,L., Young, J. & Taylor, I (1999).The new criminology: For a social theory of deviance.
New York: Harper & Row

• Buku: Lebih dari tiga Pengarang
Lofland, L., et.al (1999). The new criminology : for a social theory of deviance. New York:
Harper & Row.

• Buku Terjemahan

Rank. O. (1932). Psychology and the soul ( William Turner, Trans.) Philadephia: University of
Pennsylavania Press.

• Buku dikarang oleh Badan Korporat
Commision on intergoverment relations (1995). Report to the President. Washington, DC: Author.
Committee of public finance. (1999). Public Finance. New York:Pitman

• Buku Yang disunting
Friedman, R.J., & Katz, M.M. (Eds.) (1974). The psychology of depression: Contemporary theory
and research. New York:Wiley.

• Manuskrip yang tidak diterbitkan
Hardison, R. (1983).On the shoulders of giant. Unpublished manuscript

• Artikel dari Majalah
Klinger, E. (2000, August). The power of daydreams. Psychology Today. 36-44. Shuttle crew
studying ozone layer in atmosphere. (2000, April). Time. 34

• Artikel dari Akhbar
Mohammed Azam Noor. (1999, 3 july).’Why Ziana Zain as literary person for 1998?’ New Straits
Times : 25

• Artikel dari Jurnal
Herrington, A.J. (1998) The prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of
abnormal psychology, 90, 575-585.

• Tesis
Raihaniah Zakaria (2007). Tuan Guru Haji Zakaria b. Ismail: Sumbangannya Kepada
Perkembangan Pendidikan dan Politik Islam di Negeri Kelantan. Unpublished thesis,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya: Jabatan Akidah.

• Doctoral Dissertation
Smith A.B. (1999). Anlysis of interaction process and sociometric relatins developed during
theraphy with offenders on probation. :Unpublished doctoral dissertations. New York:
New York University.

• Seminar/Proceeding
Ali Hanafiah, Datuk & Tun Shah Ashari. (12-17 August 1999). ‘The effect of DNA testing on
convicted felons in Malaysia’. In Proceeding of the International Seminar on DNA
Testing and Their Effects on Human Beings. Kuala Lumpur


• Kertas kerja persidangan
Sheehan, W.J. (1999, April). Wicked as hell itself:women in prisons of Georgian London. In
the meeting of The Academy of Criminal Justice Sciences. U.K. : Georgia.

• Laporan
Organization for Economic Cooperation and Development. (1983). Assessing the impacts
of technology on society. (Report). Washington DC: U.S.G.P.O.

• Kaset Audio
Kenny, G. (producer & singer). (1996). Kenny G the moment [cassette]. New York: Arista Records, Inc.

• Filem/Pita Audio
Habsah Hassan (producer) & Othman Hafsam (director). (2000). Soal Hati [Film]. Kuala Lumpur: Serangkai Film Sdn Bhd.
Capra, F. (Director & Producer). (1934). It happened one night [Film]
Capra, F. (Director & Producer). (1999). It happened one night [Videocassette]

• Bahan Permainan
Chess Set (1999). [Game] Selangor, Malaysia: Syarikat Perusahaan Plastik Ban Tong Sdn. Bhd

• Peta
Derbysgire, E. et al. (2000). Glacier map of Tasmania. [Map]. London: Royal Georgraphical Society.

• Gambar Potret
Rembrabdt. (1999). Two dancers on a stage.[Portrats]. London: National Gallery of Art.

• Bahan Relia
Human development models. (2000). [Realia]. Philadelphia: DCA Educational Products.


• Temuramah
Mahathir Mohamed (1999, April 20). Prime Minister Malaysia. Personal Interview. Kuala Lumpur.

• Mikrofom
James, William. (2000). The principles of psychology.[Microform]. 2nd.Ed.Los Angeles: University of Southern California.

• Program televisyen
The haze in Malaysia: impact on tourism. (2000 Disember). Majalah 3. With Norazlina Ridzwan. TV3. Damansara, Selangor: Sistem Televisyen Malaysia Berhad.

• Alat mudah alih-CD-ROM. Eg :BPO, GPO, IEEE.

• On line-INTERNET

Clinton, J.E. (1999) September). Malaysian justice on Trial. E. Journal. 4(4): 12-15. Retrieved October 21 2000, from the World Wide Web: http:www@babyrib.clnt.gov.com

• E-mail
Day, Martha. Mday@usage.uvm.edu. (30 Julay 1999). Review of film---Chicken Run. E-mail to Xia Li (XLI@moose.com).

GAYA HARVARD

Sistem Catatan Bawah
Maklumat dan bahan rujukan yang perlu ditulis pada catatan bawah adalah seperti berikut:

a. Nama pengarang, bagi penulis Barat nama keluarga hendaklah ditulis dahulu contoh Adams, A.D. bagi pengarang Arab, tuliskan nama keluarga atau nama yang lebih dikenali. Contohnya: Al-Zuhayli, Wahbah & Ibn Rushd, Muhammad b. Ahmad. Atau al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad b. Muhammad. Bagi nama orang Melayu Malaysia dimulakan dengan nama peribadinya. Gelaran jawatan tidak perlu ditulis.
b. Tahun
c. Judul. Koma (Judul ditulis dengan senget atau italic.
d. Tempat terbitan
e. Penerbit.
f. Jilid. Gunakan jil.
g. Halaman. Gunakan hlm
BAGAIMANA MENULIS CATATAN BAWAH

a. Rujukan yang disebut buat pertama kali dan seterus
Bahan rujukan yang disebut buat pertama kali dalam catatan bawah hendaklah ditulis dengan lengkap. Apabila rujukan yang sama disebut lebih daripada sekali, kaedah yang ringkas boleh digunakan. 

Contoh:
Raihaniah Zakaria (2009) Kekayaan Spiritual : Kits Lengkap Untuk Setiap Muslim. Kangar: Percetakan Perlis, h. 25.

Siti Rodziyah Nyan (2009) Akhbar Saudara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 34

Raihaniah Zakaria, Kekayaan Spiritual, hlm. 55

Siti Rodziyah Nyan, Akhbar Saudara, hlm.60
Raihaniah, hlm. 78

b. Penggunaan singkatan ibid. dan op.cit
Singkatan ibid digunakan untuk rujukan yang berturut dan op.cit untuk rujukan yang berselang. Contoh:

Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al-Ghazali (1968) Ihya Ulum al-Din. J. 2, Kaherah: Mu’assasah al-Halabi wa Syurakah, h. 170.

Ibid.

Syams al-Din al-Syaykh Muhammad al-Dususqi (t.t) Hasyiyah al-Dusuqi ala al-Syarh al-Kabir, j. 3. Kaherah: Matba’ah Isa al-Babi al-Halabi wa Syurakah, h. 24.

Al-Ghazali (1968), op.cit., h.60

c. Cara Penulisan Teks al-Qur’an dan al-Hadith
Cara penulisan teks al-Qur’an dan hadith hendaklah mengunakan font tradisional Arabic bersaiz 16 dan ia mestilah berbaris sepenuhnya. Maklumat ayat dan surah bagi teks al-Qur’an ditulis dibawah petikan teks bukannya di dalam nota kaki contoh:


-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah al-Fatihah (1): 1-4
Bagi teks hadith, maklumat takhrij hadith tersebut hendaklah dibuat sepenuhnya dalam nota kaki, bukannya di bawah petikan teks tersebut. Contoh takhrij hadith yang paling ringkas adalah dengan menyebut nama penuh pengarang, nama rujukan, tajuk besar (kitab), bab dan no hadith. Contohnya:
Muhammad b. Ismail Abu Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari. Kitab al-Buyu’, Bab Bay al-Dinar Nasa, no. hadith 2178. h.

d. Bagi rujukan buku terjemahan, nama penterjemah perlu dinyatakan selepas tajuk buku seperti contoh di bawah:

Al-Qaradhawi, Yusuf (1984), Halal dan Haram dalam Islam. Mu’amal Hamidy (terj.), c.4. Singapura: Perpustakaan Nasional Pte.Ltd., h. 176.

e. Sekiranya sesuatu buku itu diedit, nama editornya dinyatakan sebelum nama buku berkenaan dan diletakan (ed.) selepasnya, contoh:

Abdullah Alwi Haji Hassan (1985), “ Al-Syura: Konsep dan Penerapannya dalam Organisasi dan Pentadbiran”, dalam Lutpi Ibrahim et.al. (ed.), Islamika III. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 71-94.

f. Rujukan kepada latihan ilmiah, disertasi, tesis, laporan-laporan sesuatu institusi ataupun kertas kerja seminar yang tidak diterbitkan, tajuk bahan berkenaan diletakan dalam petikan, tidak di bold atau diitalickan sebagaimana berikut:
Raihaniah Zakaria (2007), “Tuan Guru Haji Zakaria b. Ismail: Sumbangannya kepada Perkembangan Pendidikan dan Politik Islam di Negeri Kelantan.” Disertasi Sarjana Usuluddin, Akademi Islam Universiti Malaya, h. 45.

Khairuddin Yusof (1987), “Social and Health Review of Transexual”, Kertas kerja Seminar Mak Nyah di Universiti Malaya, 24-25 Oktober 1987, h. 5.
g. Bagi bahan yang tidak diketahui penulisnya atau penulisnya kurang jelas, tajuk bahan berkenaan itu didahulukan diikuti dengan lain-lain keterangan yang boleh menjelaskan sumbernya: penerbit, negeri, tarikh atau sebagainya.

h. Bagi bahan rujukan fail Arkib/manuskrip hendaklah ditulis mengikut siri yang tercatit. Contoh:
Surat Yang Dipertua Majlis Agama Islam kepada Sultan Muhammad, 23 April, 1917, kandungan dalam Kel.Pm.68/1917.

No comments: